sooka: Aplikasi penstriman terkemuka Malaysia. Nikmati sukan langsung, hiburan tempatan & Kdrama, filem, drama HK, drama Cina, berita dan program kanak-kanak. Semua dalam satu aplikasi untuk pengalaman hiburan lengkap anda.
Alami dunia hiburan tanpa sempadan bersama sooka, teman setia anda untuk setiap detik yang mendebarkan dan mengasyikkan. Saksikan aksi sukan secara langsung yang tidak boleh dilepaskan, dari gegaran padang Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia, ke kemuncak saingan Liga Juara-Juara, sehingga ke sengitnya pertarungan UFC dan kepantasan litar F1. sooka membawakan terus ke skrin anda setiap sorakan dan detik bersejarah. Bukan itu sahaja, sooka juga menghidangkan anda dengan pelbagai koleksi drama tempatan terkini seperti Bahagia Yang Tertangguh, K-drama yang memukau, serta siri Cina dan Hong Kong yang sentiasa dinantikan, termasuklah kandungan istimewa dari Astro seperti Gegar Vaganza dan The Queen of News 2.
Kini, seisi keluarga boleh menikmati pengalaman tontonan yang tiada tandingannya. Dari animasi kegemaran kanak-kanak seperti Upin & Ipin dan Papa Pipi, hingga ke pengembaraan Spongebob Squarepants yang mencuit hati, sooka mempunyai sesuatu untuk setiap peringkat usia. Kekal termaklum dengan berita tempatan dan antarabangsa secara langsung daripada saluran terkemuka seperti Astro Awani, CNA, dan Al-Jazeera, memastikan anda sentiasa peka dengan perkembangan dunia. Dengan sooka, hiburan dan informasi kini boleh diakses dengan mudah pada pelbagai peranti termasuk telefon pintar, tablet, atau TV Pintar anda melalui Android TV, memberi anda kebebasan untuk menonton bila-bila masa dan di mana sahaja.
sooka direka khas untuk memenuhi citarasa dan keperluan gaya hidup anda. Nikmati fleksibiliti pembayaran dengan pilihan pelan daripada pas harian yang berpatutan hingga langganan bulanan yang komprehensif. Sebagai bonus, daftarkan akaun anda untuk mengakses lebih 20 saluran percuma yang disokong iklan, menawarkan pelbagai kandungan hiburan, berita, dan gaya hidup tanpa sebarang kos langganan. Kami terus meningkatkan pengalaman anda dengan ciri-ciri baharu seperti sooka shorts untuk tontonan format menegak, peningkatan sari kata, keupayaan carian yang diperbaharui, dan cadangan kandungan yang lebih peribadi, memastikan setiap saat bersama sooka adalah yang terbaik.